IPK PAHANG, 28/10/2020 (Rabu) – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PDRM Kontinjen Pahang Bil. 3/2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cawangan Khas, Tingkat 3, IPK Pahang yang dipengerusikan oleh YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan, Ketua Polis Pahang.
PACSU dihadiri oleh Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU dan Sdri. Nurshafinaz Iryanti bt Johan, Setiausaha PACSU. Turut dihadiri oleh DCP Dato’ Mohd Yusri bin Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengerusi dan Setiausaha Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Pahang.