KUNJUNGAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur,10 September 2020 – Kunjungan kebajikan oleh Biro Kebajikan PACSU Cawangan Kuala Lumpur telah diadakan di kediaman Saudari Nor Mazlin. Saudari Nor Mazlin yang menjalani cuti sakit di rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur mengalami retak di kaki. Saudari Nor Mazlin merupakan Ketua Biro Kebajikan PACSU Cawangan Kuala Lumpur dan juga Pegawai Awam di Jabatan Siasatan Jenayah di IPK Kuala Lumpur.

Kunjungan ini memperlihatkan Setiausaha PACSU Cawangan Kuala Lumpur, Saudari Osliza diiringi Saudari Norsida, Nor Ain dan Nor Diana memberikan kunjungan kebajikan di kediaman Saudari Nor Mazlin. Pihak PACSU menzahirkan ucapan takziah dan mengharapkan Saudari Nor Mazlin segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

FB_IMG_1602750657932-1

,