Ayer Keroh 20 Oktober 2020 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kontinjen Melaka telah diadakan di Tingkat 3, Dewan Auditorium , Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.
Majlis Dimulakan dengan Bacaan Al-Quran oleh Qari Kontinjen Melaka tahun 2019 iaitu KPL Amirul dan diteruskan lagi dengan persembahan nasyid pelajar Sekolah Rendah Agama Eusoff Teh.
Pada majlis yang penuh bermakna itu, Polis Melaka telah menjemput YBhg Ustaz Mohd Elyas Bin Ismail sebagai penceramah dengan bertemakan “SEMARAKKAN SUNNAH”.
Hadir sama ke majlis ini, YDH SAC Dato’ Sharul Lalli Bin Masduki, Timbalan Ketua Polis Melaka. Turut serta Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam.