Kuala Lumpur, 10 September 2020 – Kunjungan kebajikan oleh Biro Kebajikan PACSU Cawangan Kuala Lumpur telah diadakan bagi melawat Saudari Nor Mazlin dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kuala Lumpur. Kunjungan ini dihadiri oleh Saudari Setiausaha PACSU Cawangan Kuala Lumpur, Saudari Osliza Binti Osman. Turut dihadiri, Saudari Norsida, Saudari Ain dan Saudari Intan Nordiana.
Saudari Nor Mazlin yang kini menjalani cuti sakit akibat keretakan tulang kaki semasa kemalangan ketika pulang dari kerja. Beliau yang merupakan Ketua Biro Kebajikan PACSU Cawangan Kuala Lumpur kelihatan ceria ketika menerima kunjungan ini di kediamannya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Pihak PACSU Cawangan Kuala Lumpur mengucapkan selamat berehat dan semoga Saudari Nor Mazlin segera sembuh dari kecederaan.