Kuala Lumpur, 05/10/2020 : Persidangan Perwakilan Dwitahunan Sesi 2020-2022 Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Majlis diadakan bertempat di AC Hotel, Kuala Lumpur pada jam 09.00 pagi.
Turut hadir Pegawai Tertinggi CUEPACS Tuan Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS, Sdra. Aminuddin bin Awang, Timbalan Presiden I CUEPACS, Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor, Timbalan Setiausaha Agung I CUEPACS merangkap Setiausaha Agung PACSU, Sdra. Reostam bin Dzahar, Timbalan Setiausaha Agung III CUEPACS dan Sdra. Md Hisham bin Othman, Timbalan Setiausaha Kewangan.