Putrajaya, 28/09/2020 : Mesyuarat Pre-Council Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras9, Blok C1, JPA Putrajaya pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Saraan, JPA iaitu Puan Hasmarulaini binti Omar dan Datuk Azih bin Muda, Pengerusi MBK Am sebagai Naib Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am. Turut hadir Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha MBK Am merangkap Setiausaha Agung PACSU dan Ahli Jawatankuasa yang lain.