Seremban, 10/09/2020 – Program Merdeka @ Komuniti Daerah Seremban 2020 telah diadakan di Dewan Wawasan , Penjara Seremban bertujuan untuk menghargai khususnya barisan petugas hadapan COVID – 19 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan iaitu Tuan Haji Shanon Bin Mohamad.
PACSU Negeri Sembilan telah dijemput untuk menghadiri program ini yang dihadiri oleh Pengerusi PACSU bersama barisan AJK. Dalam majlis ini juga, PACSU NS menerima sijil penghargaan daripada CUEPASC di atas jasa dan sumbangan Pegawai Awam PDRM dalam menjalankan tugas sebagai barisan hadapan dalam mengekang pandemik COVID – 19.