IPK Pahang, 24/7/2020 (Jumaat) – Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Pahang Bil. 1/2020-2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat JIPS, IPK Pahang pada jam 3.00 petang. Mesyuarat ini membincangkan persiapan awal bagi Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung PACSU Kali Ke-6 Penggal Ke-37 (2018-2021) yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada bulan Ogos ini. Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang selaku tuan rumah untuk menyambut ketibaan Pegawai Kanan PACSU dan Barisan EXCO serta lain-lain penugasan.