Kuantan, 10/7/2020 (Jumaat) – YDH ACP Hjh. Nor Ashikin binti Abdul Razak, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), Bukit Aman bersama Pegawai Kebajikan Kontinjen Pahang dan Pengerusi PACSU Cawangan Pahang telah membuat lawatan kebajikan ke atas pesakit-pesakit berikut :
1.Nama: PF/15475 Abd Hanif Bin Salleh
Umur : 57 Tahun
Tempat Tugas : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Pahang
Jenis penyakit : Minor Stroke/ Jangkitan kuman pada paru-paru
Taraf Perkahwinan : Bujang
Alamat : One Stop Nursing Centre Pak Mahat, No. 5, Lorong Kempadang Makmur, Kuantan.
2. Nama: SM(B)72365 Mohamed bin Ibrahim
Umur :59 tahun
Tugas akhir: Ketua Polis Balai, Balai Polis Cherating, Kuantan
Jenis penyakit: Kanser hati
Alamat : No 2/338, Kampung Alor Ladang, 26100 Beserah, Kuantan.
Semasa lawatan, YDH ACP Nor Ashikin binti Abdul Razak telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM untuk meringan beban pesakit.