KEPSI, Selangor (04/07/2020) : Majlis Dialog Kesatuan Pembantu Operasi Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia bersama MBK Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana yang diadakan bertempat di Pejabat Pusat Kepsi, Klang, Selangor pada 04/07/2020 jam 9.00 pagi.
Terdapat 2 Kertas Kerja yang dicadangkan Mesyuarat MBK Am 2020 akan dibincang antaranya :-
- Kertas bil (11/2020) Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11 kepada Gred N19 dan kenaikan Pangkat Ke N20/N22/N26/N28.
- Kertas bil (12/2020) Kenaikan Kadar Imbuhan Tetap Khidmatan Awam (ITKA).
PACSU diwakili oleh KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor merangkap Setiausaha MBK AM/Pelaksana.