SEREMBAN , 14/04/2020 – Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan Puan Marinee Binti Mohamed telah menyampaikan sumbangan kepada wakil – wakil daerah kepada ahli – ahli PACSU yang secara langsung terlibat dalam penugasan sepanjang OP COVID-19 yang bermula pada 18/03/2020 sehingga 28/04/2020 melibatkan fasa 1, 2 dan 3.
Diharapkan sumbangan ini dapat memberi semangat kepada ahli – ahli PACSU untuk turut sama berganding bahu bersama PDRM dalam menjadi “frontliner” memastikan penugasan sepanjang OP COVID-19 ini. Untuk pengetahuan, Pegawai Awam kebanyakannya terlibat dalam penugasan di Blilik Gerakan (DCC) selain tugas – tugas lain mengikut keperluan semasa.
“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”