IPK PAHANG, 13 MAC 2020 (JUMAAT) – Taklimat Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Gantian Cuti Rehat (GCR) Peringkat Kontinjen Pahang telah disampaikan oleh YDH ACP Alina bt Sa’ad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personal) Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ASP Rossenie AK Jeffery Bagup, ASP Rekod Perkhidmatan, Caw. Perkhidmatan (Rekod Personal) Bukit Aman dan ASP Jamalizah bt Jaafar, Ketua Unit Pencen, Caw. Perkhidmatan (Rekod Personal) Bukit Aman. LDP ini ekoran daripada Cadangan PACSU semasa MBJ Bil. 1/2020 tempoh hari pada 4/3/2020.
Objektif taklimat ini menerangkan Peraturan Pengumpulan GCR dan Peraturan Lebihan GCR 150 hari sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.
Turut hadir, SAC Dato’ Abdul Aziz Bin Hj Salleh ,Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pahang, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Pahang.