MAJLIS AMANAT TAHUN 2020 PRESIDEN CUEPACS MALAYSIA

Seremban, 05/02/2020 – Majlis amanat tahun 2020 oleh Presiden Cuepacs Malaysia YB Tuan Haji Adnan Bin Mat telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban. Dalam majlis ini juga diadakan majlis penyampaian watikah ahli kongres Cuepacs Cawangan Negeri Sembilan. PACSU pusat telah dihadiri oleh Setiausaha Agung SDRA Mohd Fadhli Bin Mohd Noor merangkap Timbalan Setiausaha Agong 1 Cuepacs, Pengerusi PACSU Cawangan N. Sembilan Puan Marinee Binti Mohamed bersama Setiausaha Puan Eva Juahana Binti Mohamed Alias serta AJK PACSU Cawangan.

     Majlis ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran yang dihadiri oleh Kesatuan – Kesatuan Pekerja jemputan. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi  dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, seterusnya amanat dari Presiden Cuepacs Malaysia.

      Kemudian, aturcara diteruskan dengan penyampian sijil perlantikan ahli jawatankuasa dan majlis ditamatkan dengan penyampaian cenderamata untuk Presiden Cuepacs. Selesai sahaja majlis telah diadakan jamuan makan serta lawatan ke tapak pameran dan juga program derma darah.

IMG-20200305-WA0061 IMG-20200305-WA0062 IMG-20200305-WA0010 IMG-20200305-WA0017 IMG-20200305-WA0020 IMG-20200305-WA0021 IMG-20200305-WA0025 IMG-20200305-WA0026 IMG-20200305-WA0034 IMG-20200305-WA0035 IMG-20200305-WA0036 IMG-20200305-WA0037 IMG-20200305-WA0038 IMG-20200305-WA0039 IMG-20200305-WA0040 IMG-20200305-WA0041 IMG-20200305-WA0042 IMG-20200305-WA0043 IMG-20200305-WA0044