Seremban, 20/02/2020 – PACSU Negeri Sembilan telah djemput ke Karnival Baka Kontinjen Negeri Sembilan yang telah diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. Turut hadir sama adalah Pengerusi PACSU N. Sembilan bersama barisan AJK yang sempat meluangkan masa untuk menghadiri karnival ini.
Pelbagai acara yang telah dijadualkan serta pembukaan pameran dari agensi kerajaan turut serta dalam karnival ini disamping dapat mengeratkan tali silaturrahim serta memberi pelbagai informasi yang berguna.