Alor Setar, 16/2/2020 (Ahad)– Kejohanan Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia bagi tahun 2020 yang berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Kedah, telah menyaksikan pasukan Pahang A di tempat ketiga bagi kategori berpasukan.
Cawangan Pahang telah menghantar 2 pasukan untuk bertanding di Kejohanan Bowling tersebut. Bagi kategori Pin Tertinggi (1-10) Individu (L/W) telah di memenangi oleh Suriana (W) Pahang A di tempat ke-3. Manakala bagi kategori (L) telah di memenangi oleh Niriman Pahang A di tempat ke-4 dan Amirudin Pahang A di tempat ke-8.
Majlis perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad Azlee bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah di Dewan Utama, IPK Kedah semalam.
PACSU Cawangan Pahang mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan yang telah diberikan oleh Pasukan Bowling PACSU Cawangan Pahang.