Seremban, 01/11/2019 – Majlis Hi – Tea dan ramah mesra Pegawai Awam Kontinjen Negeri Sembilan bersama Ketua Polis Negeri Sembilan Dato’ Mohamad Bin Mat Yusof telah diadakan di Casa Lagenda Convention Centre Paroi, Ampangan Seremban. Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua – Ketua Jabatan IPK Negeri Sembilan dan juga Ketua – Ketua Polis Daerah Negeri Sembilan serta Pegawai Awam seluruh Negeri Sembilan. Tema bagi majlis ini adalah tema Jeans & Denim. Tujuan majlis ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara Pegawai Awam dan juga barisan kepimpinan PDRM Kontinjen Negeri Sembilan. Pelbagai acara telah di rancang dan majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah.