Kuantan, Pahang (8/2/2020) : Bertempat di Lembaga Kemajuan Perempuan Islam Pahang telah berlangsung pembentangan Kaji Selidik Tugas-Tugas Pembantu Tadbir Sekolah anjuran Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia (KEPTAN). Pegawai Tertinggi CUEPACS yang hadir adalah Sdr Mohd Fadli bin Mohd Noor, Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS merangkap Setiausaha Majlis
Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am dalam Kumpulan Pelaksana. Presiden KEPTAN iaitu Pn Jameela bt Hussin dan Setiausaha Agung KEPTAN Sdra Ahmad Sabri.
Turut hadir Sdra Maliki selaku Timbalan Pengerusi CUEPACS Negeri Pahang merangkap Naib Presiden Gred Sains dan Penyelidikan CUEPACS bersama Sdra Roaly selaku Setiausaha CUEPACS Negeri Pahang.