Bukit Aman 23/01/2020 : Mesyuarat Pra Majlis Bersama Jabatan (PRA-MBJ) Bil. 1/2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Persada, Tingkat 30, Menara 11, Bukit Aman pada jam 2.30 petang. Mesyuarat dipengerusikan oleh YDH DCP Dato’ Abdul Majid Bin Mohd Ali, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).
PACSU dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU) dan Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU).