Kuantan, Pahang (11/11/2019) – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PDRM Bil.2/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kontinjen, Tingkat 7, IPK Pahang yang dipengerusikan oleh YDH CP Dato’ Abd Jalil bin Hassan, Ketua Polis Pahang. PACSU dihadiri oleh Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU dan Sdri. Nurshafinaz Iryanti bt Johan, Setiausaha PACSU. Turut dihadiri DCP Dato’ Mohd Yusri bin Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Pahang, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengerusi dan Setiausaha Persatuan-Persatuan PDRM Kontinjen Pahang.