Kuala Lumpur (01/11/2019) : Mesyuarat dan Lawatan Kerja Di Antara Sektor Hubungan Pekerja, Bahagian Saraan, JPA Bersama Setiausaha-Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan telah diadakan pada 01 November 2019 bertempat di Pejabat Urusetia Pihak Pekerja, Majlis Bersama Kebangsaan, Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Turut Hadir saudara Adnan bin Mat, Setiausaha Agung CUEPACS, KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU.