Kuala Lumpur (08/11/2019) : Telah berlangsungnya sesi Kunjung Hormat Pegawai Kesatuan Pegawai Awam (PACSU/SPOCSU/SPACSU) Bersama Ketua Polis Negara, YDH Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang bertempat di Pejabat ketua Polis Negara pada jam 11.00 pagi.
Pegawai Kesatuan PACSU dihadiri oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU, Saudara Musa bin haji Atan, Naib Presiden PACSU, KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU dan Pegawai Pelajaran PACSU.
Turut hadir Saudara Sapawi bin Hamdan, Presiden SPOCSU dan Saudara Ahmad bin Abu Bakar, Presiden SPACSU.