IPK Pahang, 10/10/2019 (Khamis) – Pegawai Awam PDRM disaran menjadi Ahli PACSU. Demikianlah saranan YDH CP Dato’ Abd Jalil bin Hassan, Ketua Polis Pahang semasa berucap ketika Majlis Perjumpaan YDH Ketua Polis Pahang Bersama Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang.
Turut hadir, YDH DCP Dato’ Mohd Yusri bin Hj. Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Pahang Dan Ketua Ketua Jabatan IPK Pahang serta Puan Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang dan Encik Musa bin Haji Atan, Naib Presiden PACSU Malaysia.
Pada Majlis itu juga, YDH Ketua Polis Pahang juga menyatakan dalam ucapan beliau akan mengkaji dan memerhalusi Pekeliling Mengenai Waktu Bekeja Fleksi di Kontinjen Pahang.
Pada majlis tersebut juga YDH Ketua Polis Pahang beramah mesra dengan semua Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang.
#PDRMPAHANG
#PACSUPAHANG