24 September 2019 (Selasa) Jam 10.00 pagi telah diadakan pemeriksaan penguatkuasaan dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibawah Kementerian Sumber Manusia bertempat di Pejabat PACSU Bangsar, Kuala Lumpur. Cawangan PACSU yang terlibat dalam pemeriksaan ini adalah PACSU Cawangan Bukit Aman, Cawangan Selangor, Cawangan Kuala Lumpur, Cawangan PULAPOL Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat PACSU Pusat.
Pegawai pemeriksaan dari JHEKS yang hadir iaitu Puan Noor Hana binti Salehan, Penolong Pengarah JHEKS Bahagian Wilayah Persekutuan/Selangor merupakan pertama kali membuat pemeriksaan ke atas PACSU bagi mengantikan Puan Nurul Huda bin Abdullah yang telah bertukar ke bahagian lain dan Puan Ismira binti Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Wilayah Persekutuan/Selangor pula merupakan Pegawai yang mengguruskan sebarang pindaan perlembagaan kesatuan, kehadiran beliau bagi membantu proses pemeriksaan audit ini. Pegawai Kanan PACSU serta wakil ahli jawatankuasa PACSU cawangan yang hadir adalah :
Pegawai Kanan Kesatuan:
- Sdra Anuar bin Mamat (Presiden)
- Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden)
- Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung)
- YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung)
- Sdra Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung)
- Sdra Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran),
Cawangan Bukit Aman:
- Sdri Isnaini binti Mustafa (Pengerusi)
- Sdri Farah binti Shahibi (Setiausaha)
- Sdri Jalila binti Wahidin (Bendahari)
Cawangan Selangor:
- Tuan Hj Noor Azhar bin Zainuddin (Pengerusi)
- Sdri Norhaida binti Hassan (Setiausaha)
- Sdri Nazahiyah binti Nor Kamal (Bendahari)
Cawangan Kuala Lumpur:
- Sdra Muhammad Najib bin Ishak (Pengerusi)
- Sdri Osliza binti Osman (Setiausaha)
Cawangan PULAPOL KL:
- Sdra Syaiful Hazrill bin Halim (Pengerusi)
- Sdri Fauziah binti Ibrahim (Setiausaha)