Pada 12.09.2019 @ Khamis bertempat di Wisma PACSU Kontinjen Johor, telah berlangsungnya Mesyuarat Khas PACSU Kontinjen Johor Bil 3/2019 bagi membincangkan Program Kejohanan Sukan Badminton Piala Presiden PACSU Malaysia. Mesyurat ini telah dihadiri oleh semua barisan ahlijawatankuasa PACSU Johor dan Pegawai Penerangan PACSU Daerah Wilayah Iskandar Johor. Agihan tugas dan perlaksanaan program telah diperbincangkan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Johor.
Kejohanan ini julung kalinya diadakan dan PACSU Johor merupakan kontinjen pertama yang mengendalikan kejohanan ini. Kejohanan ini juga akan berlangsung dan dijadualkan pada 15hb Okt hingga 18hb Okt 2019.
Harapan kami dari pengelola Kejohanan ini agar, sahutan dan sambutan secara menyeluruh oleh semua PACSU Kontinjen.
Bersatu Membantu Bersama PACSU.
Terima kasih.