10.09.2019 ( MELAKA ) – Majlis kesyukuran sempena pembukaan Taska IPK Melaka telah berlangsung di dewan seberguna IPK Melaka pada 10.09.2019 pukul 12.00 tgh hari dan telah dirasmikan oleh YDH Datuk Wira Raja Shahrom Bin Raja Abudllah.
TASKA ini pada mulanya telah dicadangkan oleh pihak PACSU IPK Melaka kepada YDH Datuk Wira Ketua Polis Melaka semasa Perjumpaan Pegawai Awam bersama Ketua Polis Melaka yang lalu dan YDH DAtuk Wira telah mengarahkan ditubuhkan satu Jawatankuasa kerja untuk merealisasikan penubuhan TASKA ini . Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan Ilham dan usaha ini telah berjaya serta mendapat peruntukan dan kelulusan sebanyak RM 190.000.00/- .Bajet tahun 2019 yang diumumkan oleh Menteri kewangan dan diturunkan kepada JKM .
Kerja-kerja pengubahsuaian TASKA ini telah bermula pada 22 Julai 2019 sehingga siap sepenuhnya pada 7 September 2019 . TASKA ini nanti akan menempatkan anak-anak warga PDRM yang berminat berumur 4 tahun ke bawah untuk memasukinya . Warga PDRM Melaka yang mempunyai anak berumur dibawah 4 tahun mengambil peluang ini . Jika anak-anak berada dalam satu bumbung keselamatan dan suasana terjamin menjadi lebih selamat . Semoga dengan usaha murni ini Ibubapa juga merasa selesa menjalankan tugas dengan penuh komitmen demi Pasukan yang kita kasihi . Dengan adanya TASKA Anak Pintar ini anak-anak yang berumur dibawah 4 tahun dapat sedikit sebanyak pendedahan pelajaran pemulaan sebelum memasuki alam TADIKA kelak .
TASKA anak Pintar ini diwujudkan untuk membentuk keperibadian yang cemerlang buat anak warga PDRM Kontinjen Melaka menjadi lebih pintar