IPK PERLIS (18 JULAI 2019) : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PERLIS KALI KE-17 YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YDH. SAC. NOOR MUSHAR BIN HJ MOHD (KETUA POLIS PERLIS). MESYUARAT BERLANGSUNG DI DEWAN SERBAGUNA, IPK PERLIS MULAI JAM 2.00 PETANG. PEGAWAI KANAN PACSU YANG HADIR IAITU TUAN HAJI MOHD ZAKI BIN MAHMOOD, TIMBALAN PRESIDEN (MEWAKILI PRESIDEN) DAN YM RAJA HAZLAN BIN RAJA HUSSIN, BENDAHARI AGUNG. TURUT HADIR WAKIL PERSATUAN DAN KETUA-KETUA JABATAN SERTA KETUA POLIS DAERAH.
SERAMAI 110 AHLI DARI SEMUA FORMASI HADIR DALAM MESYUARAT PADA KALI INI. SEPANJANG MESYUARAT DIJALANKAN TIADA ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DAN MESYUARAT BERJALAN DENGAN LANCAR DAN TERATUR.