MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN PAHANG

KUANTAN, PAHANG (21 Jun 2019 – Jumaat) – Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Kali Ke 47 telah diadakan di Dewan Tun Razak, IPK Pahang. Mesyuarat Agung ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan PACSU Malaysia iaitu YBrs. Sdra. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Sdra. Musa Bin Hj. Atan, Naib Presiden Malaysia dan Sdra. Mohd Fadli Bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU Malaysia.

Manakala sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang Ke 47 telah dirasmikan oleh YDH SAC Dato’ Othman bin Nanyan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Pahang bertempat di Mess Pegawai Kanan, IPK Pahang.

Turut hadir YDH SAC Dato’ Abdul Aziz bin Hj. Salleh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, YDH SAC Dato’ Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Cawangan Khas IPK Pahang, serta Ketua-Ketua Jabatan serta ahli-ahli PACSU Cawangan Pahang.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai isu-isu semasa dan masalah berbangkit yang melibatkan ahli-ahli PACSU. Merancang serta bertukar pendapat untuk mempertingkatkan lagi kebajikan kepada ahli-ahli PACSU Cawangan Pahang.

Sdri. Seri Embun Binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang turut menyampaikan sumbangan Persaraan dari Tabung Kebajikan PACSU Cawangan Pahang yang berbentuk Sijil SSP BSN kepada Pesara-Pesara Pegawai Awam Kontinjen Pahang yang merupakan Ahli PACSU yang telah bersara mulai 1.4.2018 hingga 31.3.2019.

 


 

 

64650529_907479786264452_6236295936880934912_n 64692742_907479706264460_8963507059244924928_n 64695614_907479999597764_8685757717555445760_n 64713435_907480059597758_3234776098113847296_n 64723802_907480436264387_2765123872427606016_n 64757474_907479926264438_5867308746656448512_n 64781928_907480166264414_8410723194628997120_n 64804666_907480916264339_927753334398386176_n 64814997_907480756264355_5754842077368156160_n 64816756_907479879597776_3932038131376717824_n 64867199_907480592931038_798911230415732736_n 64872090_907480952931002_7059646428859072512_n 64905869_907479816264449_5025490191658254336_n 64912463_907480486264382_15134841980846080_n 65024817_907480226264408_3394828655694708736_n 65090170_907479946264436_4126997644813795328_n 65146026_907480989597665_3322264685012582400_n 65233194_907480802931017_7629714839601938432_n 65261129_907480872931010_2798824268891160576_n 65317937_907480829597681_7679309720322048000_n 65513881_907479732931124_1775585767028948992_n64984535_907479672931130_3671088455481294848_n

,