IPK MELAKA (19.06.2019) – Julung – julung kalinya PACSU Melaka diberi kepercayaan oleh YDH Datuk Wira Raja Shahrom Bin Raja Abdullah, Ketua Polis Melaka dan YDH Tuan Haji Kamaluddin Bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Melaka untuk mengadakan gerai semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama TYT Melaka di IPK Melaka pada 19.06.2019 bersamaan 16 Zulkaedah 1440 jam 2.30 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka. Menu yang telah disajikan semasa majlis itu adalah Serawa Durian , Roti , Pulut Panggang dan Cendol Durian. Semua AJK dan Ahli PACSU Melaka bersama menjayakan dalam menyediakan juadah utk majlis yang gilang gemilang itu.