Muzium PDRM, KL. 07 Januari 2019 (ISNIN) : PACSU telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Supt. Selamat bin Sainuyen Pengarah Muzium PDRM. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Saudara Anuar bin Mamat (Presiden PACSU) dan turut hadir bersama, Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU), Saudara Musa bin Haji Atan (Naib Presiden PACSU), Saudara Mohd Fadli b. Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU), YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung PACSU), Saudara Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU) dan Saudara Rohaizad b Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU).
Kunjung Hormat ini bertujuan untuk membuat penyerahan barang-barang lama Pegawai Awam PDRM kepada Pengarah Muzium PDRM untuk dipamerkan di Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM yang telahpun dirasmikan oleh YDH Tan Sri Ketua Polis Negara semasa Perhimpunan Pegawai Awan bersama Ketua Polis Negara di Melaka pada tahun 2013.
Senarai barang-barang yang telah diserahkan:-
Buku daftar ahli PACSU yang pertama direkodkan pada tahun 1969.
Jam tembaga lama.
Surat Pengistiharaan secara rasmi oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara) mewujudkan galeri sejarah pegawai awam.
Paymaster cheque writer.
Staple lama.
2 unit recorder untuk mengambil minit.
2 unit beg penghantaran dokumen dan surat.
Sepasang pakaian office boy.