PUTRAJAYA (29/10/2018) : Bengkel e-TUIS (Elektronik Trade Union Information System telah diadakan di Bilik ICT 2, Aras 6, Blok D3, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Telah dirasmikan oleh Tuan Mustafa bin Ali, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. PACSU dihadiri oleh Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung.
Kelebihan e-TUIS ini antaranya:-
1. Mengintegrasi data dan maklumat Kesatuan Sekerja secara Komprehensif
2. Mengemaskini data dan maklumat Kesatuan Sekerja secara elektronik dan dalam talian selaras dengan penekanan konsep self-governance
3. Mampu mengendalikan aktiviti Jabatan dengan proses kerja yang efisyen berbanding proses kerja secara konvensional selaras dengan perkembangan teknologi dan era globalisasi bagi memastikan Jabatan kekal relevan
4. Permohonan lebih lancar dan cepat
5. Permohonan adalah secara real time / online
6. Dibangunkan bersama Aplikasi Mobil.