Bangsar, 17 Oktober 2018 : Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Perak telah menghadiri latih Amal Laman Web PACSU di pejabat PACSU Bangsar. Latihan ini dimulakan dengan ucapan Presiden Sdra Anuar bin Mamat, seterusnya dibimbing oleh Setiausaha Agung Sdra Mohd Fadli bin Mohd Nor Dan Sdra Rohaizad bin Khalil. Latihan ini dihadiri seramai 9 Ahli Jawatankuasa. Saya bagi pihak jawatankuasa PACSU Cawangan Perak mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian menerima kunjungan kami bagi menjalani latihan tersebut. Semoga ilmu yang dipelajari hari ini dapat memberi manafaat kepada kita bersama dan dapat dipraktikkan di cawangan ini.