Kuala Lumpur (17/7/2018) : Mesyuarat Khas Majlis Jawatankuasa Agung PACSU Bil. 2 (2016-2018) telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel. Pengerusi mesyuarat oleh Saudara Mahamad bin Bahrum selaku Presiden PACSU. Agenda mesyuarat antara membincangkan Perlantikan jawatan Presiden yang baru kerana penyadang iaitu Sdra Mahamad bin Bahrum akan menjalani persaraan wajib 60 tahun pada 18/7/2018 dan juga aturcara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Presiden PACSU.