KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2017.

Kuala Lumpur (6 – 7 November 2017)  :  Di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah berlangsung Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 5 Tahun 2017 (Kuala Lumpur & Putrajaya) anjuran CUEPACS Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tn Hj Jaafar bin Mansor, Pengerusi CEUPACS Wilayah Persekutuan.  Dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Salijan bin Saigon, Pengarah PERKESO Wilayah Persekutuan turut hadir YBhg Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS.  Dianggarkan seramai 50 orang peserta yang hadir dikalangan ahli-ahli kesatuan gabungan CUEPACS Wilayah Persekutuan.  PACSU dihadiri oleh Sdra Mahamad bin Bahrum (Presiden), Sdra Anuar bin Mamat (Tim.Presiden), Tn Hj Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden), Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung) dan Sdri Isnaini binti Mustafa (Pengerusi PACSU Bukit Aman).

Antara tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan iaitu:-

1. Excident Cost Calculator (Penceramah YBrs Tuan Abdul Rahim bin Sabri dari Pemeriksa Kilang dan Jenter Seksyen Industri Kecil dan Sederhana JKKP)

2.  Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KPP) untuk Sektor Awam (Penceramah YBrs Puan Ruzita binti Shariff dari Bahagian Program Pembangunan NIOSH

3.  Faedah-Faedah PERKESO (Penceramah YBrs Tuan Rajasegaran a/l Murali Daran dari Pegawai Eksekutif PERKESO Kuala Lumpur

4.  Dasar Keselamatan Negara dan Isu-Isu Semasa (Penceramah YBrs Tuan Haji Al-Azhari Siddiq Kamunri dari Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara.

WhatsApp Image 2017-11-06 at 13.57.03 WhatsApp Image 2017-11-06 at 20.35.27 WhatsApp Image 2017-11-06 at 20.41.32 WhatsApp Image 2017-11-06 at 21.13.30 WhatsApp Image 2017-11-06 at 21.43.15 WhatsApp Image 2017-11-06 at 21.43.18 WhatsApp Image 2017-11-06 at 21.43.38 WhatsApp Image 2017-11-06 at 22.19.13

,