Pahang [29-30/7/2017] – Majlis Hari Keluarga PACSU Cawangan Pahang Peringkat Ibu Pejabat Kontinjen berlangsung pada 29 – 30 Julai 2017 bertempat di Kempville Resort Kem Padang Kuantan Pahang. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Pahang. Program hari keluarga dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli-ahli PACSU. Banyak acara yang dijalankan antaranya pertandingan karaoke, sukan dewasa dan kanak-kanak serta diselitkan dgn slot ceramah motivasi daripada Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Pahang Tuan Mohamad Lokman Bin Mohamed. Acara cabutan nombor bertuah juga dibuat untuk memeriahkan suasana agar semua ahli-ahli PACSU dapat merasa dihargai atas sumbangan dan semangat Kesatuan yg diberikann kepda PACSU Pahang.