Pahang [19/7/2017] – Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Pahang telah diadakan pada 19/7/2017 bertempat di IPK Pahang yang dirasmikan oleh DCP Dato’ Azri bin Ahmad, Timbalan Ketua Polis Pahang. Pegawai Kanan PACSU yang hadir iaitu Tn Hj Mohd Zaki bin Mahmood, Naib Presiden dan YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung. YDH Timbalan Ketua Polis Pahang telah menyampaikan sijil-sijil kepada Ahli Jawatankuasa PACSU Pahang dan wakil daerah.
Selepas Mesyuarat diadakan sambutan hari raya PACSU Pahang 2017 telah diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli PACSU Pahang.