KAKI BUKIT, PERLIS:- PACSU Cawangan Perlis dengan kerjasama Biro Tatanegara, Cawangan Perlis telah berjaya menganjurkan “Program Transformasi Negara Pegawai Awam PDRM (PACSU)” pada 04hb hingga 06hb April 2017 di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis. Program ini telah di hadiri seramai 80 orang ahli PACSU terdiri dari PACSU Cawangan Perlis, PACSU Cawangan Perak dan PACSU Cawangan Pulau Pinang.
Program ini juga, turut disertai oleh Timbalan Presiden PACSU Sdra. Anuar bin Mamat, Pegawai Pelajaran PACSU Sdra. Rohaizad bin Khalil, EXCO Perak Sdri. Nafishah binti Shuib dan EXCO Pulau Pinang Sdra. Abu Bakar bin Abd. Wahab.
Program Transformasi Pegawai Awam PDRM (PACSU) telah dirasmikan oleh YDH SAC Datuk Ab. Rashid bin Hj. Ab. Wahab Ketua Polis Perlis. Presiden PACSU Sdra. Mahamad bin Bahrum turut hadir pada majlis penutup program.