Datuk Seri S.K Devamany
KUALA LUMPUR, 8 Dis Permohonan 71,700 penjawat awam untuk bersara awal diluluskan dari 2006 sehingga kini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K Devamany. Beliau berkata antara faktor penjawat awam memilih bersara awal disebabkan masalah kesihatan selain menceburi bidang perniagaan, mendapat tawaran pekerjaan lain, tidak mampu menampung bebanan tugas yang ada dan ingin memberi fokus kepada keluarga. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Boon Som Inong mengenai bilangan dan punca penjawat awam memilih untuk bersara awal bagi tempoh 10 tahun serta implikasi kelancaran kepada mutu perkhidmatan awam di negara ini…..
Sumber : http://cuepacs.blogspot.my/