KUANTAN – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan supaya tidak membekukan pengisian perjawatan dalam pembentangan Bajet 2017.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan kena melihat keperluan agensi-agensi penguatkuasaan seperti bomba, polis dan imigresen yang perlu memperluas perkhidmatan mereka untuk memenuhi kehendak semasa.
“CUEPACS mempunyai banyak cadangan yang hendak dibawa kepada kerajaan untuk persediaan Bajet 2017, tetapi pada peringkat pertama ini kami telah turun ke pelosok negara dan rungutan yang kami terima daripada agensi kerajaan adalah kekurangan kakitangan sokongan iaitu dari segi pelaksana yang hendak memenuhi tugas dan tanggungjawab di peringkat bawahan,” katanya.
Sumber : Cuepacs.blogspot.my