PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KESATUAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN TADBIR DAN AWAM PASUKAN POLIS, SEMENANJUNG MALAYSIA (PACSU) KE 36

ALOR SETAR : Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis, Semenanjung Malaysia (PACSU) Kali Ke 36 telah berjaya diadakan pada 20 hingga 21 September 2016 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah. Persidangan kali ini dihadiri seramai 99 orang Perwakilan, 1 Ahli Bersekutu dan 10 orang Pemerhati dari SPACSU dan SPOCSU.  Persidangan telah dirasmikan oleh YDH Tan Sri Ketua Polis Negara dan turut dihadiri oleh Presiden CUEPACS Datuk Azih bin Muda dan Dato’ Asri bin Yusoff Ketua Polis Kedah.