KOSPEN AKAN DIPERLUAS DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM – KSN

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) – Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) akan memperluaskan khidmatnya dalam kalangan penjawat awam sebagai usaha membantu menangani peningkatan masalah penyakit tidak berjangkit, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. “Perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan secara menyeluruh dengan kesemua kementerian, dan program ini dijangka akan mula dilaksana pada tahun ini,” katanya. Kospen mula diperkenalkan pada 2013 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memberi perkhidmatan saringan kesihatan percuma melibatkan masyarakat awam di peringkat komuniti. – BERNAMA