Seramai 7 orang Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang diketuai Sdra. Musa bin Hj. Atan (Pengerusi PACSU Cawangan Pahang) telah mengadakan lawatan kebajikan kepada ahli-ahli PACSU yang mengalami masalah kesihatan.
Pada 05 Mac 2016 (Sabtu), barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang telah ke rumah Puan Norlina binti Ahmad kerani Cawangan Trafik, IPD Temerloh di Kampung Baru, Hulu Bernam, Perak dan pada 06 Mac 2016 (Ahad) lawatan kebajikan diteruskan lagi ke rumah Puan Noraini binti Hashim Ketua Kerani Bahagian Pentadbiran, IPD Cameron Highlands di Sungai Petani, Kedah. Lawatan kebajikan ke rumah Puan Noraini turut disertai Pengerusi PACSU Cawangan Kedah Sdra. Wahid bin Husin dan barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kedah.
Barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang bersama-sama PACSU Cawangan Kedah telah berkesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ke IPD Kulim, Kedah. Seramai 60 Pegawai Awam dari IPD Kulim telah hadir ke majlis tersebut.