Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung PACSU Kali Ke 5 (2014-2016) sedang berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur dari 20/01/2016 hingga 22/01/2016. Seramai 21 ahli EXCO PACSU menghadiri mesyuarat ini, antara isu-isu yang dibincangkan adalah seperti berikut :-
- Cadangan mengadakan bengkel hala tuju PACSU bagi tempoh 2017-2022.
- Bengkel penambahbaikan perjawatan Pegawai Awam PDRM.
- Pusat Latihan Pegawai Awam di PULAPOL Bukit Sentosa, Rawang.
- Pakaian seragam Pembantu Operasi Gred N11
- Pakaian seragam Pembantu Awam Gred H11
- Penambahbaikan skim Pembantu Penerbitan yang menjalankan tugas-tugas penterjemah termasuk elaun bahasa dan isu penempatan Pembantu Penerbitan yang mempunyai kemahiran bahasa.
- Persiapan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan PACSU dan Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan 2016.
- Isu ahli bersekutu
- Perwakilan PACSU ke Persidangan Perwakilan Tri Tahunan CUEPACS bagi tempoh 2016 – 2019.
- Sudut geleri sejarah Pegawai Awam di Muzium PDRM.