Pada 28/10/2015 PACSU Cawangan Perak dengan kerjasama CUEPACS Care telah mengadakan majlis tersebut di Bilik Mesyuarat Utama IPK Perak yang dihadiri oleh pegawai kanan, PRP dan sebahagian daripada ahli PACSU Cawangan Perak.
En. Prem Kumar, wakil daripada CUEPACS Care telah menyampaikan cek berjumlah RM33,402.04 untuk balu Allahyarham Mohd Fadzil b. Yaacob, ahli PACSU Cawangan Perak yang mencarum di dalam skim insurans berkenaan dan telah meninggal dunia pada 21/4/2014.
Cek tersebut diterima oleh YDH DCP Dato’ Hasnan b. Hassan mewakili Puan Haslina bt.
Wahab, balu Allahyarham yang tidak dapat hadir.
Selesai majlis penyerahan cek berkenaan, diadakan pula taklimat ringkas berkaitan program-program kebajikan CUEPACS dan promosi potongan caruman sebanyak RM44.00 sahaja di dalam skim insurans CUEPACS Care.