PACSU Cawangan Perak telah dijemput oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak Dan Kedah untuk mengadakan perlawanan persahabatan bowling pada 10/8/2015 di Ole-Ole Superbowl, Mydin Meru, Ipoh.
Sebanyak 2 pasukan telah dihantar mewakili pasukan PACSU Cawangan Perak yang terdiri daripada :
Pasukan lelaki
- i) Shahabuddin b. Shuhaimi
- ii) Muhammad b. Mansoor
iii) Muhammad Affan b. Subri
- iv) Mohamad Faizal b. Shoib
Pasukan wanita
- i) Emellya bt. Yaacob
- ii) Nor Azizah bt. Ahmad Puad
iii) Mariana bt. Abd. Kadir
- iv) Juliana bt. Mohamad Ismail
Perlawanan dimulakan jam 6.00 petang dan berakhir pada jam 8.30 malam. Ahli-ahli PACSU Cawangan Perak dan ahli keluarga para pemain juga turut hadir untuk memberikan sokongan.
Walaupun pasukan PACSU Cawangan Perak kalah tipis dengan pasukan JAKOA namun apa yang penting adalah semangat kesukanan yang dipamerkan oleh semua pemain.