Mesyuarat semakan kertas cadangan tuntutan Elaun Khas Berpencen (EKB) bagi Pembantu Penerbitan (Penterjemah) telah diadakan di pejabat PACSU Bangsar pada 06/11/2015 (Jumaat) jam 3.00 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdra. Mahamad bin Bahrum (Presiden PACSU) dan turut dihadiri oleh Sdra. Mohd Fadli (Setiausaha Agung PACSU), Sdra. Y.M Raja Hazlan (Bendahari Agung PACSU), Sdra. Mohd Azli (Timb. Setiausaha Agung PACSU), Sdra. Rohaizad (Pegawai Pelajaran PACSU) dan wakil dari Pembantu Penerbitan (Penterjemah) Sdri. Mysarah Hifaa’ Zafirah, Sdri. Cheah Yee Mee dan Sdri. Lim Ming.