Pada 14/01/2015 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, satu Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Banjir kepada Penjawat Awam telah diadakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato Hj. Abdul Fattah bin Hj. Abdullah iaitu Presiden ANGKASA dan YBhg. Datuk Azih bin Muda, Presiden CUEPACS. Terdapat beberapa barangan yang turut disumbangkan kepada mangsa banjir seperti dapor gas, beras, gula, susu dan lain-lain. Seramai 20 orang Ahli PACSU yang turut hadir dalam Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Banjir ini. Dilampirkan juga bersama gambar-gambar Presiden ANGKASA, Presiden CUEPACS, Presiden PACSU dan Pegawai Awam yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga kepada Presiden CUEPACS cawangan Kelantan iaitu En. Aminuddin bin Awang yang turut menjayakan program ini.