23 Julai 2020 (IPK MELAKA) -Berlangsung Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kontinjen Melaka di Bilik Mesyuarat Gerakan tingkat 3 Ibu Pejabat Polis Melaka.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH DCP Dato’ Mat Kasim Bin Karim, Ketua Polis Melaka. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Dato’ Sharul Lalli Bin Masduki, Timbalan Ketua Polis Melaka, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah , Pengerusi PACSU dan Pengerusi PPRPD .
Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan membuat keputusan terhadap sebarang keraguan yang timbul serta membincangkan isu-isu yang tertangguh bagi mendapatkan keputusan dan kelulusan.