Wisma CUEPACS, K.L. (24/6/2019) – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS Bil. 9 (Sesi 2016-2019) telah diadakan di Bilik Mesyuarat MBK/CUEPACS, Aras 2, Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur. Dipengerusikan oleh YBhg Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS. Kehadiran 9 Pegawai Tertinggi CUEPACS, 15 Naib Presiden Gred CUEPACS dan 15 Penolong Setiausaha Gred CUEPACS. Wakil PACSU dihadiri oleh Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU selaku Penolong Setiausaha Gred N,B,S CUEPACS. Mesyuarat bermula jam 2.00 petang dan ditangguhkan mesyuarat pada 5.30 petang.
Antara agenda yang diperbincangkan iaitu:-
- Konvesyen Kongres Tri Tahunan CUEPACS ke 28 (2016-2019) yang akan diadakan pada bulan Disember, 2019.
- Persidangan Perwakilan CUEPACS Negeri-Negeri bagi tempoh 2019-2022.
- Majlis Jalinan Kasih Silaturahim Aidilfitri CUEPACS 2019M.
- Sambutan ulangtahun ke 62 penubuhan CUEPACS.