MAJLIS IFTAR PACSU KEDAH DAN PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN BANJIR OLEH YAPEIM NEGERI KEDAH/PERLIS

Alor Setar, 13 Mac 2023 : PACSU Kedah pada hari ini telah menganjurkan Majlis Iftar di Kompleks Latihan Asas Kepolisan (SLAK) Anak Bukit, Alor Setar. Seramai lebih kurang 100 orang telah hadir dalam program Iftar kali ini bersama dengan ahli keluarga.

Dalam majlis tersebut juga Pengurus Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Negeri Kedah/Perlis,  Puan Nor Syarfirah binti Samsuri juga telah menyampaikan Sumbangan Musibah Banjir kepada mereka yang terkesan dengan banjir pada September 2024 yang lalu.

Seramai 21 orang telah menerima sumbangan sebanyak RM300 seorang dari pihak YAPEIM yang mana secara keseluruhannya berjumlah RM6,300. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini, dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan semoga dapat memudahkan kehidupan seharian.

 

,