HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2024

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2024– PACSU Cawangan Kuala Lumpur telah menganjurkan e-Sport Games bersempena Hari Sukan Negara Peringkat PDRM yang dijalankan di Anjung Srikandi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Penganjuran Sambutan Hari Sukan Negara juga diserikan dengan acara Fun Ride 20 KM, Fun Run 5 KM, Brisk Walk 3 KM, Senamrobik dan Sukaneka Kanak-kanak.
Seiring matlamat Hari Sukan Negara 2024 dengan bertemakan “Cergas Bersama”, PACSU Kuala Lumpur menyahut seruan melalui penganjuran pelbagai program serta aktiviti sukan dan rekreasi bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan amalan gaya hidup cergas dan aktif sepanjang tahun dalam kalangan warganya.
Sambutan program pada hari ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”
,